MESYUARAT KALI KE-4
TARIKH 
 | 
: 23 OGOS 2010 
 | 
HARI 
 | 
: ISNIN 
 | 
TEMPAT 
 | 
: BILIK PERMASES, Sekolah Sains Sosial UMS 
 | 
MASA 
 | 
: 6.15 PETANG – 9.00 PETANG 
 | 
Pada 23 Ogos 2010 yang lalu bertempat di Bilik PERMASES, Sekolah Sains Sosial UMS telah diadakan mesyuarat antara ahli PERSADA UMS. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 18 orang ahli dimana telah dimulakan dengan bacaan doa dan pembentangan minit mesyuarat lalu oleh Saudari Shah Nurhidayu selaku presiden PERSADA UMS. Hasil pembentangan telah membangkitkan beberapa isu. Antara isu tersebut adalah:-
a)      Pengarah   program (Saudari Mazuani) 
 |    
-     Mencadangkan   untuk penukaran tarikh program atas alasan ramai ahli jawatankuasa tiada pada ketika itu   kerana terlibat dengan program lain. 
 | 
b)     Timb.pengarah   program (Saudara  
 |    
-   Mencadangkan   supaya pihak UNIMAS mengurangkan wakil untuk meminimumkan perbelanjaan supaya selaras dengan duit yang diperuntukkan. 
-     Mencadangkan   supaya semua MT terlibat sama dalam gerak kerja majlis berbuka puasa untuk   mengurangkan tekanan kerja. 
 | 
c)   Presiden ( 
 |    
-     Menjelaskan   bahawa tarikh untuk majlis berbuka puasa tidak boleh diubah kerana pihak SERANTA mempunyai majlis berbuka puasa di Terengganu. 
-     Pihak   SERANTA telah memberi dua pilihan sama ada untuk meneruskan majlis berbuka   puasa atau pun menggantikannya dengan majlis sambutan hari raya 
-     Persetujuan   daripada perbincangan ialah membatalkan majlis berbuka puasa dan   menggantikannya dengan majlis sambutan hari raya 
 |   
Sidang mesyuarat juga telah bersetuju untuk membubarkan ahli jawatankuasa majlis berbuka puasa dan digantikan dengan ahli jawatankuasa majlis sambutan hari raya. Senarai ahli jawatankuasa adalah seperti berikut;
Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Aidilfitri Zon 5 PERSADA (UMS & UNIMAS) 
Pengarah                 
 |    
:   Mazuani Jumadi 
 |   
Setiausaha               
 |    
:   Siti Zulaiha bt Daud 
 |   
Bendahari                  
 |    
:   Norasimah bt Artis 
 |   
Protokol   & Urusetia   
 |    
:   Ab.Sharul Nizam b. Ab Sahab 
:   Mohd Nor Hafiz b. Ab Rahman 
 |   
Makanan 
 |    
:   Nurliza Syaziella bt Wahid 
 |   
Teknikal/Logistik/   penginapan 
 |    
:   Khairul Ikhwan b. Inche Abdul Ghani 
:   Mohd Zulkifli b. Shafie 
 |   
Kerohanian 
 |    
:   Mohamad Azhar b. Ibrahim                   
 |   
Publisiti 
 |    
:   Nik Muhammad Firdaus b. Nik Ishak 
 |   
Cenderahati 
 |    
:   Nurul Hafiza bt Hassan 
 |   
Selepas isu berkaitan program tersebut selesai, saudari Shah Nurhidayu telah mencadang beberapa perkara baru untuk dibincangkan. Antaranya adalah;
a)   Membuat perlantikan untuk penambahan MT 
 |    
-     Hasil   daripada perbincangan MT, persetujuan telah dicapai untuk menambah bilangan   MT dengan menjawat jawatan sebagai timb.presiden 2 dan naib timb. 
-     Hasil   undian yang dibuat, saudara Ab.Sharul Nizam telah dipilih sebagai   timb.presiden dan saudara Mohd Nor Hafiz sebagai naib timb.  
 |   
b)    Moto, Visi, Misi & Logo 
 |    
-     Mencadangkan   untuk mengadakan pertandingan mencipta moto, visi, misi dan logo PERSADA dan   tarikh tutup adalah selepas tamat cuti raya. Pemenang   akan diberi sedikit cenderahati 
-     Saudara   Ab.Sharul Nizam telah mencipta tiga logo dan meminta supaya ahli PERSADA mengundi   salah satu daripada tiga tersebut untuk menjadikan logo PERSADA. 
 |   
b)    Laman Blog 
 |    
-    Saudara   Ab.Sharul Nizam juga telah membina laman blog untuk PERSADA iaitu persadaums.blogspot.com yang mana   segala maklumat PERSADA akan disiarkan dalam website tersebut. 
-    Laman   web untuk facebook akan dibuat tidak lama lagi. 
 |   
Kemudian saudari Shah Nurhidayu telah membuka ruang kepada semua ahli untuk membuat pernambahan atau cadangan beberapa perkara baru untuk dibincangkan. Antaranya adalah;
a)   Saudara Ab.Sharul Nizam  
 |    
-    Harapan   supaya PERSADA UMS dapat berkembang seiring dengan PERSADA universiti lain   dan seperti persatuan-persatuan lain yang ada di UMS sendiri. 
-    Selain   itu, terdapat cadangan supaya PERSADA mengadakan aktiviti sosial besama ahli   seperti BBQ, perkhemahan santai dan sebagainya. 
-   Mencadangkan   supaya mengadakan program adik dan abang/kakak angkat untuk menambahkan   keeratan silaturrahim antara ahli. 
-   Mencadangkan   supaya setiap ahli menghantar slip peperiksaan untuk penyemakan dan   mangadakan program peningkatan akademik 
-    Mencadangkan   untu menyediakan bulu log untuk rujukan. 
 |   
b)   Saudara Mohd Nor Hafiz 
 |    
-    Mencadangkan   supaya pengambilan ahli dibuka sekali lagi kerana bilangan keahlian baru amat   mengecewakan. 
-   Mencadangkan   supaya PERSADA mengadakan pelbagai aktiviti supaya lebih diketahui umum. 
-   Mencadangkan   supaya mengadakan program motovasi di sekolah-sekolah sama ada di Semenanjung   mahupun di Sabah. 
-    Mencadangkan   supaya masa perjumpaan diadakan secara sistematik iaitu pada minggu 1   perjumpaan untuk MT dan minggu 3 untuk perjumpaan bersama ahli PERSADA. 
 |   
c)   Saudari Shah Nurhidayu 
 |    
-    Mencadangkan   untuk membuat t-shirt dan blezzer PERSADA. T-shirt mungkin akan buat sendiri   kerana terdapat ahli yang mempunyai kemahiran dalam mencetak pada t-shirt   dengan ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan. 
 |   
d)   Saudari Nor Nabillah 
 |    
-    Carta   organisasi akan ditampal seperti persatuan lain. 
 |   
e)   Saudari Siti Norain 
 |    
-   Mencadangkan   terlibat dengan perarakan kemerdekaan pada 30/8/10 untuk memperkenalkan   PERSADA kepada UMS. 
-   Mencadangkan   supaya membuat proposal awal untuk program ke Semenanjung. 
 |   
f)   Saudari Jasni 
 |    
-   Mencadangkan   untuk membayar yuran sebanyak RM5 kepada bendahari. 
 |   
g)   Saudari Nadia Karimah 
 |    
-   Mencadangkan takwim aktiviti PERSADA untuk satu tahun dirancang. 
 |   
Berberapa cadangan akan dijadikan perkara berbangkit dan beberapa lagi cadangan telah dibincangkan antaranya adalah takwim aktiviti di mana takwim aktiviti telah dicadangkan dari bulan September hingga bulan Mei tahun hadapan dan penglibatan PERSADA UMS dengan perarakan kemerdekaan pada 30/8/10 dimana saudara Khairul Ikhwan telah diundi untuk menjadi ahli jawatankuasa program. Mesyuarat tamat pada jam 9 malam dan telah ditangguhkan dengan Surah al-Asr dan tasbih Qifarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan