Rabu, 15 September 2010

Kebanggaan anak Felda



KENANGAN...indahnya sambutan hari raya tahun lalu, Chef Wan bersama ibu bapa dan anaknya, Serina.
KENANGAN...indahnya sambutan hari raya tahun lalu, Chef Wan bersama ibu bapa dan anaknya, Serina.
Lelaki hebat di dapur ini tidak pernah menyesal meninggalkan kerjayanya sebagai akauntan, malah pernah ibunya, Noraini Abdullah, 77, melahirkan rasa terkejut apabila anaknya itu membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sehingga akhirnya kekar hatinya bergelar pakar masakan.
Teruja dengan barangan yang dibeli untuk bakal cucu.
Teruja dengan barangan yang dibeli untuk bakal cucu.



Menceritakan detik awal pembabitan anak sulungnya, Datuk Redzuawan Ismail, 52, atau Chef Wan dalam bidang masakan, wanita itu mengakui mulanya dia menentang keras impian anaknya hendak mempelajari bidang masakan di luar negara.

Ini kerana dia tahu anaknya itu memerlukan wang lebih memandangkan anaknya itu sudah bercerai dan wang lebih diperlukan untuk nafkah edah Nazri dan Serina yang masih kecil.

"Dia memang kuat menyakat dan mulut agak becok tetapi gembira akhirnya apabila dia benar-benar membuktikan kesungguhan untuk bergelar chef apabila dia berjaya mendapat sijil.

"Mungkin dia mengikut jejak langkah saya yang suka memasak sebab masa dia kecil dulu, saya suka memasak dan menjual karipap. Maklumlah, anak ramai dan masih kecil yang mendorong saya berniaga kuih-muih.

"Ketika suami bertugas dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan pernah berkhidmat di Kedah, saya berniaga di kantin. Sebelum suami bersara dan ditukarkan ke Sungai Besi, saya masih berniaga. Sewaktu bersara dan permohonan suami untuk menyertai rancangan Felda di Sungai Koyan, Raub, Pahang diterima, lalu kami menetap di situ.

"Apa yang membanggakan, Wan mengubah rumah itu menjadi banglo dengan berhabis duit hampir RM1 juta semata-mata untuk memberi kepuasan kepada kami. Sejuk hati saya. Ramai jiran mengatakan saya dan suami bertuah dianugerahkan anak seperti Chef Wan.

"Kami hanya memanjatkan rasa syukur kerana ingin membuktikan kepada orang kampung bahawa anak Felda juga boleh berjaya jika ada kemahuan.

"Apa yang Wan lakukan adalah pencetus inspirasi kepada anak-anak Felda bahawa untuk berjaya, terpaksa melalui jalan yang panjang. Setiap tahun sejak Wan bergelar chef, rumah kami bagaikan berpesta kerana orang ramai tidak putus-putus datang ke rumah semata-mata untuk berhari raya," katanya.

Noraini tidak menafikan rasa bangga itu turut menyelinap di hati anak-anaknya yang lain. Seorang menantunya iaitu adik ipar Chef Wan adalah pensyarah universiti pernah diberitahu pelajarnya ingin bergelar chef kerana mendapat inspirasi daripada kehebatan lelaki itu sebagai pakar masakan terkenal.

Bahkan katanya, pengaruh kuat Wan dalam keluarga mendorong adik-adiknya yang lain untuk 'turun ke dapur' semata-mata mahu menunjukkan kehandalan masing-masing dalam memasak.

"Mungkin pengalaman raya tahun depan adalah yang terindah kerana sudah menimang cucu. Inilah yang saya impikan, sebuah keluarga bahagia dan lengkap dengan kehadiran cucu tercinta. Sebagai bapa tunggal, saya bahagia dapat menunaikan tanggungjawab saya buat anak-anak.

"Tanggungjawab kepada bekas isteri tidak pernah saya abaikan. Kini anak sulung saya, Nazri sudah memiliki restoran sendiri dan kalau tiada aral melintang mungkin bakal menerima menantu perempuan tidak lama lagi," katanya mengharapkan masa depan anak-anak menyempurnakan impiannya untuk menjadi teladan buat semua.


(Sumber: myMetro)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI:: JUMLAH AHLI BERDAFTAR E-PENDAFTARAN :»|| 29 ORANG || **DIKEMAS KINI SETIAP 1 MINGGU**

Anda mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails

Perjumpaan PERSADA UMS(14/4/11)


Tarikh: 15 April 2011(Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Bilik Seminar 3 Perpustakaan UMS
P/S: Kehadiran dan kerjasama dari anda amat diharapkan. TQ!