Khamis, 14 Oktober 2010

Kenapa Kacang Perlu Lupa Kulit?



Selepas tersiarnya berita tentang kemenangan peneroka Kemahang 3 yang membuat pendakwaan berkaitan harga sawit rendah yang dibeli oleh kilang FELDA ke mahkamah di dada akhbar, maka satu demi satu kumpulan peneroka rancangan FELDA telah ditubuhkan dan memfailkan isu yang sama ke mahkamah. Mereka sangat berkeyakinan bahawa kes mereka juga akan berakhir dengan kemenangan mutlak seperti peneroka Kemahang.

Namun sebenarnya kemenangan peneroka Kemahang  adalah kerana pada hari kes tersebut didengar di mahkamah, peguam yang dilantik oleh FELDA telah gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Peguam tersebut telah meletakkan jawatan kerana mendapat kerja lain, tanpa memaklumkan tugas sepatutnya beliau jalankan itu kepada pihak pengurusan mereka. Akibatnya kes tersebut telah dimajukan oleh peguam pihak pendakwa tanpa sebarang peguam mewakili pihak FELDA. Hakim telah membuat keputusan bahawa FELDA bersalah dan dikehendaki membayar ganti rugi.

Kenapa hal ini boleh berlaku? Selama setengah abad berlalu, FELDA boleh kita umpamakan sebagai ayah dan para peneroka adalah anak-anak yang membesar dan dijaga makan minum dan kebajikan mereka dengan sebaiknya oleh si ayah selama dalam tempoh itu. Kini tergamak salah seorang anak tadi yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang mendakwa ayahnya ke mahkamah? Marilah kita renungkan kembali setengah abad yang lalu.


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. FELDA merupakan benteng kepada kerajaan dan orang Melayu. Ia antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar sehinggakan mampu melabur dalam projek besar dan terus memberi faedah kepada warga Felda yang semakin ramai. 

Terdiri daripada 275 tanah rancangan dan menempatkan 177,000 keluarga peneroka. Di bawah konsep Felda, sejumlah 800,000 hektar tanah telah dibangunkan. Dua pertiga berkonsepkan pekebun kecil dan satu pertiga berkonsepkan ladang. Felda dibangunkan dengan pinjaman Bank Dunia bernilai RM8 bilion. Mengikut perjanjian Felda, hanya akan selesai melunaskan hutang pada tahun ini. Namun berkat usaha gigih dan kerajinan warga Felda, hutang tersebut telah dilangsaikan 14 tahun lebih awal.

Felda adalah satu usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan desa dan terbukti ia berjaya. Pendapatan warganya hari ini tidak kurang RM1,000 sebulan. Pada 2006, Felda menyumbangkan sebanyak RM8.5 bilion pendapatan negara dengan menghasilkan 12.5 peratus keperluan minyak sawit dunia. Keluarga Felda mendapat layanan yang istimewa. Sekolah, klinik kesihatan, elektrik dan bekalan air bersih disediakan oleh kerajaan. Setiap tanah rancangan disediakan sebuah masjid untuk umat Islam beribadat.


Tahap kesihatan penduduk Felda terus bertambah baik. Kadar kematian bayi menurun manakala jangka hayat penduduk meningkat kerana mendapat perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan. Malahan pencapaian anak-anak peneroka dalam bidang pelajaran juga amat memberangsangkan. Sejumlah 70 peratus generasi Felda berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada masa sama 30 peratus lagi yang tercicir tetap diberikan bimbingan kemahiran untuk mengurangkan gejala negatif dan masalah sosial di tanah Felda.

Felda kemudian menjalani penjenamaan semula dan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib, institusi ini terus mengorak langkah yang panjang. Februari lalu, Felda bersama Felcra Berhad dan Risda memeterai kerjasama strategik menerusi konsortium Synergy Perdana dalam usaha meneroka bidang ekonomi berskala besar di dalam negara dan peringkat global.


Mengecapi keuntungan berlipat ganda, FELDA tidak lokek untuk berkongsi dengan warganya. Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan sederhana namun meriah apabila Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib meluluskan bayaran wang Hari Raya sebanyak RM350.00 untuk setiap peneroka. Selain itu FELDA juga bertanggungjawab menyediakan puluhan jutaan ringgit setiap tahun untuk anak-anak peneroka menyambung pelajaran pada setiap awal tahun. Sekian banyak jasa 'Kulit' kepada 'Kacang', kenapa 'Kacang' perlu lupakan 'Kulit'?

(Sumber: Majalah ICT-Jelas/Utusan Malaysia)

1 ulasan:

  1. manusia xkn nmpk kebaikan org..tp kelemahan org sentiasa nmpk...xpernh menghargai n mngerti....apa yg diperolehi shingga kini masih x nmpk lg n x bersyukur.....lumrah kehidupan....sama2 kita renung2kn....

    BalasPadam

TERKINI:: JUMLAH AHLI BERDAFTAR E-PENDAFTARAN :»|| 29 ORANG || **DIKEMAS KINI SETIAP 1 MINGGU**

Anda mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails

Perjumpaan PERSADA UMS(14/4/11)


Tarikh: 15 April 2011(Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Bilik Seminar 3 Perpustakaan UMS
P/S: Kehadiran dan kerjasama dari anda amat diharapkan. TQ!