Selasa, 31 Ogos 2010

Jelajah Felda Sahabat


Pada 26 ogos yang lalu saya, Shah Nurhidayu Binti Mohd Shah sebagai wakil PERSADA UMS bersama wakil Persatuan Hubungan Antarabangsa UMS telah pergi ke Lahad Datu. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapa urusan mengenai PERSADA dan juga program bersama Felda Sahabat. Sampai sahaja di Lahad Datu saya bersama dengan rakan-rakannya yang lain bertandang ke rumah  YB Datuk Suhaili di mana beliau merupakan Adun Lahad Datu serta Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Kedatangan kami disambut baik oleh YB dan keluarga. Kami berbincang mengenai program bersama Felda Sahabat serta pemasalahan Felda Sahabat iaitu mengenai alam sekitar di mana isu tersebut kini semakin hangat di perkatakan di dada akhbar iaitu isu arang batu. Setelah selesai berbincang mengenai perkara-perkara rasmi, kami bertolak pula ke Felda Sahabat kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Lahad Datu.

Pada 27 ogos, seawal jam 9 pagi, kami bergerak ke Pejabat Felda Wilayah Sahabat dan berjumpa dengan Tuan Hj Suhaili Salleh selaku Pengarah Felda Wilaya Sahabat dan membincangkan beberapa urusan rasmi. kedatangan kami juga disambut baik oleh  Tuan Hj Juany Salleh dan kakitangan Felda di sana.

Setelah bermusyawarah dengan agak panjang lebar, kami bertolak ke SMK Desa Kencana yang merupakan satu-satunya Sekolah Menengah yang terdapat di Felda Sahabat. Kami berjumpa dengan Pn. Maizatul dan menyatakan hasrat untuk mengambil Smk Desa Kencana sebagai sekolah angkat PERSADA UMS dan membantu pelajar sekolah sana dalam meningkatkan sahsiah diri dan kesedaran.

Setelah selesai segala urusan, lebih kurang jam 3 petang mereka bertolak pulang ke UMS dan selamat sampai kira-kira jam 1 pagi. Sesungguhnya ianya merupakan pengalaman indah bagi wakil PERSADA UMS. Sehingga berjumpa lagi Felda Sahabat.

"Saya Sayang Felda, Felda Sayang Saya..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI:: JUMLAH AHLI BERDAFTAR E-PENDAFTARAN :»|| 29 ORANG || **DIKEMAS KINI SETIAP 1 MINGGU**

Anda mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails

Perjumpaan PERSADA UMS(14/4/11)


Tarikh: 15 April 2011(Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Bilik Seminar 3 Perpustakaan UMS
P/S: Kehadiran dan kerjasama dari anda amat diharapkan. TQ!