Isnin, 30 Ogos 2010

Konvoi Amal Merdeka MBFM Wilayah Sahabat



Pada 29 Ogos 2010,  telah diadakan Konvoi Amal Merdeka Majlis Belia Felda M'sia Wilayah Sahabat di Rumah Penjagaan Orang2 Tua Sri Pritchard, Kinarut, Papar. Ketibaan disambut oleh Pergerakan Pemuda UMNO Papar.
Konvoi yg disertai 160 belia Felda dari Umas (Tawau) dan Sahabat (Lahad Datu) dengan 45 buah kereta juga disertai beberapa pegawai dan kakitangan Felda Wilayah Sahabat. Perjalanan mereka yg bermula 28 Ogos dijangka berakhir pada 30 Ogos yg bermula dan berakhir di Desa Kencana, Sahabat, LDU dan meliputi perjalanan 1,200km.



Selepas transit amal Konvoi di Sri Pritchard, pihak Unit Seranta Jabatan Perdana Menteri menyerahkan Baju T "SAYANG FELDA". Manakala Pemuda UMNO Papar menyumbangkan wang tunai, kuih muih iftar dan Bendera Malaysia kepada Konvoi, sebagai menghargai singgahan mereka di Papar untuk membuat kebajikan.

Penyerahan dibuat oleh SUSK Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Pemuda UMNO Papar, Armizan Mohd Ali kepada Pengerusi MBFM Wilayah Sahabat Siti Salmiah Jesni.

Konvoi diketuai oleh Pengurus Rancangan Sahabat 2 Yusof Ismail.

(Sumber: Pemuda Umno Papar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI:: JUMLAH AHLI BERDAFTAR E-PENDAFTARAN :»|| 29 ORANG || **DIKEMAS KINI SETIAP 1 MINGGU**

Anda mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails

Perjumpaan PERSADA UMS(14/4/11)


Tarikh: 15 April 2011(Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Bilik Seminar 3 Perpustakaan UMS
P/S: Kehadiran dan kerjasama dari anda amat diharapkan. TQ!